Dikuasakan oleh Blogger.

Orang Australia Malas?

By 10:34 PG , ,




Mengaku diri mereka malas tetapi orang Australia sebenarnya rajin dan cenderung menjalankan pelbagai jenis aktiviti riadah.

Kata-kata pertama yang singgah di telinga sewaktu menjejakkan kaki Gold Coast ialah orang Australia malas. Ia bukan cerita rekaan kerana kata-kata tersebut datang dari seorang rakyatnya sendiri ketika berbual bersamanya di sebuah hotel.




Katanya, orang Australia malas. Mereka tak akan melakukan kerja lebih daripada apa yang ditetapkan. Malah, mereka juga tak suka terburu-terburu atau terlalu bergegas dalam melakukan sesuatu perkara. 



Mungkin ada benar kata-katanya itu. Beberapa hari berada di Gold Coast, bukti tersebut dapat dilihat dengan jelas. Orang Australia membuka dan menutrup kedai mereka tepat pada waktunya. Di samping itu, mereka juga terus balik ke rumah selepas tamat bekerja.



Di sebalik keburukan tersebut, terdapat satu kelebihan yang mengujakan. Mengaku malas tetapi orang Australia adalah orang yang paling rajin beriadah. Masa mereka banyak dihabiskan dengan berjogging, berenang, berbasikal atau bersiar-siar di taman.



Lebih menakjubkan, orang Australia sentiasa memberi keutamaan masa kepada keluarga. Ia diakui sendiri sendiri oleh Michael George, pemilik sebuah agensi pelancongan. Katanya, keluarga adalah keutamaan. Mereka akan pastikan masa bersama keluarga melebihi daripada aktiviti lain. "Kami lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbanding kerja. Setiap minggu kami pasti akan membawa keluarga keluar untuk bersiar-siar," tambahnya.  



Majoritinya akan berjoging setiap hari sebelum dan selepas menjalankan tugasan harian. Taman-taman dan pantai-pantai berhampiran penuh dengan orang awam yang lengkap berpakaian sukan. 
Mungkin keadaan cuaca di negara yang tak terlalu panas, sekitar 32 darjah Celcius dengan pancaran matahari yang tak terik menjadi faktor kenapa penduduk-penduduk di sana gemar beriadah. 


TEMPAT MENARIK MESTI LAWAT DI GOLD COAST  

Curumbin Beach

Surfer Paradise

James Street

Burleight Head

Broad Beach

Tambourine Mountain

Springbrook


You Might Also Like

0 comments