Dikuasakan oleh Blogger.

Kayuhan Santai Shah Alam

By 10:47 PTG , ,


Selain menyihatkan badan, Shah Alam City Ride juga bertujuan mempromosikan tempat menarik dan bangunan ikonik yang terdapat di sekitar Shah Alam. 

Shah Alam City Ride telah dilangsungkan pada hari Sabtu, 20 Oktober 2014. Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Malaysia Islamic Artis & Tourism Souq (MIATS) yang berlangsung di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam dari 18 hingga 21 Oktober 2014.


Shah Alam City Ride bukan pertandingan yang mencari juara. Sebaliknya, ia merupakan acara berbasikal santai yang bertujuan membawa pesertanya meneroka dan melihat beberapa produk pelancongan yang terdapat di Shah Alam di samping menggalakkan orang ramai bersikap proaktif terhadap aktiviti rekreasi.


Acara yang bermula sekitar jam 8.30 pagi ini memberi tumpuan pada dua buah laluan yang berbeza iaitu laluan pendek dan laluan panjang. Laluan pendek melibatkan kayuhan sejauh 6.5 kilometer. Manakala laluan panjang pula melibatkan kayuhan sejauh 20 kilometer.


Peserta yang mendaftar di bawah laluan pendek dibawa bersiar-siar  ke Masjid Biru dan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Manakala peserta yang mendaftar di bawah laluan panjang pula dibawa menjelajah ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam Royale Theater, Laman Seni 7, Taman Tema Air Wet World dan Muzium Negeri Shah Alam. 


Dianggarkan, lebih kurang 700 orang peserta yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak ikut serta mengambil bahagian dalam acara santai yang menyeronokkan dan menambah pegetahuan ini.     


Shah Alam City Ride dilepaskan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan oleh  Pengurus Besar Tourism Selangor iaitu Puan Noorul Ashikin Mohd Din. Acara selama lebih kurang dua jam ini bermula di Dataran Kemerdekaan dan berakhir di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.

Datuk Abdul Latiff Mirasa, Puan Noorul Ashikin Mohd Din dan Encik Libra Lee bersama pemenang pertama cabutan bertuah Shah Alam City Ride.
Turut hadir memeriahkan acara Shah Alam City Ride ini ialah Encik Libra Lee, Pengarah Tourism Malaysia Selangor dan YBhg. Datuk Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi Yayasan Restu.       

You Might Also Like

0 comments