Hainan Airlines Praktik Tenaga Bersih
By LENJAN DESTINASI 2:00 PTG Berita, Hainan Airlines, Penerbangan
Hainan Airlines mengumumkan telah menggunakan bahan bakar
bio ke atas sebuah pesawatnya bagi merealisasikan penggunaan tenaga bersih di
dalam industri penerbangan di China.
Baru-baru ini, Hainan Airlines telah
menggunakan tenaga bersih sebagai bahan bakar sebuah daripada pesawatnya iaitu
Boeing 737-800. Pesawat tersebut yang membuat penerbangan daripada Shanghai ke
Beijing dilaporkan telah menggunakan bahan bakar bio yang dibuat hasil daripada
minyak masak terbuang di restoran.
Difahamkan, pesawat dengan 100 orang penumpang
itu berjaya mengurangkan kadar pengeluaran karbon dioksida sebanyak 50 hingga
80 peratus selepas menggunakan bahan bakar tersebut. Malah, ia juga tidak
memberi sebarang kesan ke atas enjin pesawat sewaktu penerbangan dilakukan.
Pu Ming, Timbalan Presiden yang juga
juruterbang Hainan Airlines berkata, “Penerbangan yang dilakukan lancar seperti
biasa. Ia tidak berbeza dengan bahan bakar tradisional yang digunakan oleh
pesawat selama ini. Selepas kosnya menurun nanti kami akan gunakan bahan bakar
tersebut pada setiap pesawat yang kami miliki.”
Bahan bakar bio dihasilkan daripada
sumber yang boleh digunakan kembali seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit,
minyak masak terbuang dan lemak haiwan. Ia bagus untuk membantu mengurangkan
pencemaran udara. Malangnya, bahan ini mempunyai kos yang tinggi berbanding
bahan bakar tradisional.
Di China, penggunaan bahan bakar bio
bukan lagi baru di dalam industri penerbangan. Ia pernah diuji oleh beberapa
buah syarikat penerbangan lain seperti Air China ke atas pesawat Boeing 747-400
pada tahun 2001 dan China Eastern Airlines ke a atas pesawatnya Airbus A320
pada tahun 2013.
EKSTRA
Hainan Airlines merupakan satu daripada
lapan syarikat penerbangan Asia yang diiktiraf lima bintang perkhidmatannya
oleh Skytrex.