Dikuasakan oleh Blogger.

Perincian Dalam Memilih Hotel

By 8:00 PTG ,


Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. 

1. Nilai
Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.

2. Kemudahan
Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wi-Fi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.     

3. Kedudukan
Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, tasik, taman tema, restoran ataupun pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu menjimatkan kos pengangkutan.

4. Mesra Keluarga
Pilih hotel yang mesra keluarga di mana kemudahan-kemudahan seperti kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak disediakan. Setiap satunya dipercayai mampu membantu memanjangkan lagi keseronokan kanak-kanak ketika berada di hotel. 

5. Komen
Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat justifikasi dari pelbagai sudut terutamanya yang melibatkan harga, kemudahan, kedudukan dan keselamatan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel ataupun sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com.

You Might Also Like

0 comments