Dikuasakan oleh Blogger.

Rasional Apa Dan Kenapa

By 5:08 PTG , ,


Elok jika dapat diperincikan lagi atas rasional apa dan kenapa sesuatu barang itu dibawa ketika nak mengembara...

Nampak remeh tapi sebenarnya penting. Jika dibuat sambil lewa, ia akan membebankan. Tak kira, sama ada ia melibatkan fizikal ataupun mental. Contohnya macam bebanan pada beg ataupun hilang minat untuk mengembara. Oleh itu, mengambil berat apa yang nak dibawa dan fungsinya ketika mengembara adalah perlu agar apa yang dirancang berjalan lancar dan memuaskan hati.  

Guna Berulang Kali
Bawa pakaian yang nipis dan boleh digunakan berulang kali seperti baju-t ataupun jean. Selain mengurangkan beban beg, ia juga membantu anda menguruskan beg yang dibawa dengan mudah dan cepat.

Selipar Bukan Kasut
Gunakan flip-flop ataupun selipar Jepun jika pengembaraan anda melibatkan kawasan berpantai ataupun kawasan bandar. Jangan bersusah payah membawa pelbagai jenis kasut yang akhirnya membuatkan diri tertekan.

Elak Barang Risiko
Elakkan membawa set rias tangan dan kuku ataupun ubat penahan sakit. Sebaliknya, dapatkan sahaja di negara yang hendak dikunjungi kerana ia membantu mengurangkan risiko ditahan ketika berada di lapangan terbang. 

Gulung Bukan Lipat
Menggulung pakaian adalah cara yang berkesan untuk menjimatkan ruang di dalam beg. Dengan menggulung pakaian juga, barangan lebih mudah diuruskan dan diambil jika diperlukan.

Utama Dan Kedua
Asingkan barangan utama dengan barangan kedua. Contohnya, letakkan peranti elektronik seperti kamera dan tablet di dalam beg yang digalas dan bukan beg yang diwartakan sebagai bagasi dalam pesawat. 

Kuantiti Minimum
Bawa kelengkapan penjagaan diri seperti ubat gigi, syampu ataupun losen dalam kuantiti yang minimum, tidak melebihi 100 ML kerana ia membantu mengurangkan risiko dirampas sewaktu pemeriksaan imigresen di lapangan terbang.  

Pemadan Kembara USB
Gunakan pemadan kembara USB kerana ia lebih praktikal dan memudahkan berbanding membawa pemadan plag yang banyak untuk mengecas kesemua peranti yang dibawa. 

Patuh Undang-Undang
Pastikan barang yang dibawa tidak bercanggah dan mematuhi undang-undang di negara yang hendak dituju. Contohnya, Australia melarang keras mana-mana pelancong yang berkunjung ke sana membawa masuk makanan dari luar.   

Muat Turun Aplikasi
Tidak perlu membawa buku panduan, novel, peta, permainan video ataupun kompas. Sebaliknya, muat turun sahaja aplikasi berkaitan di dalam telefon pintar ataupun tablet. Selain mudah, ia juga tampak lebih efisien. 

You Might Also Like

0 comments