Dikuasakan oleh Blogger.

Manipulasi Idea Pelancongan Nazi

By 12:00 PTG , ,


Latar belakang serta tinggalan sejarahnya diyakini mampu menjana pendapatan jika Jerman menjadikan Nazi sebagai produk pelancongan mereka.

Seorang pakar pelancongan Scotland, Professor John Lennon berkata, Jerman mampu menjana pendapatan pelancongan yang tinggi jika mereka mempromosikan era pemerintahan Nazi. Pelancong dari serata dunia pasti akan tertarik untuk mendekatkan diri dengan tinggalan era pemerintahan ngeri kendalian Hitler yang berlangsung dari 1933 hingga 1945 itu.

“Saya berkata demikian kerana orang ramai sentiasa berminat dengan sejarah. Mereka sentiasa mahu mempelajari apa yang berlaku pada era terdahulu. banyak binaan dan tinggalan menarik yang berkait rapat dengan Nazi. Saya percaya, kita sepatutnya turut menjaga dan memelihara seni reka tinggalan Nazi yang lalu walaupun ia merupakan sebahagian daripada sejarah terburuk dunia,” tambahnya.

John berkata demikian agar Jerman dapat memanipulasi Nazi menjadi pelancongan gelap dengan menekankan sisi ngeri pemerintahan Hitler. Dia percaya, orang ramai sentiasa mahu menikmati pengalaman yang berbeza daripada apa yang sedia ada. Difahamkan, John akan membentangkan dan membahaskan pandangannya ini di dalam sebuah persidangan yang berlangsung di Peenemunde, Jerman tidak lama lagi.     

“Jerman beruntung kerana mereka masih lagi mempunyai rekod yang boleh menerangkan sejarah lampau mereka. Saya rasa ia telah memberikan getaran pada saya kerana terdapat banyak perkara yang ganjil. Walaupun ia merupakan eksploitasi berbentuk voyeurisme, namun apa yang dimiliki oleh Jerman ini boleh dijadikan sebagai proses pembelajaran dan pendidikan,” tambahnya lagi.  

You Might Also Like

0 comments