Galeria Time Tunnel himpun 5,000 barang vintaj
Menelusuri laluannya yang penuh dengan barangan buruk mencetuskan pelbagai
rasa kerana ia menggamit nostalgia lalu yang sukar dilupakan.
Begitulah perasaan tatkala memasuki bahagian demi
bahagian yang terdapat di dalam Galeria Time Tunnel ini.
Barangan yang dipamerkan mengingatkan Lenjan Destinasi (LD) pada kenangan lalu ketika melalui fasa kehidupan zaman kanak-kanak.
Setiap satunya mempunyai cerita tersendiri yang sukar dilupakan.

Betul kata sesetangah orang yang pernah berkunjung ke
sini. Galeri Time Tunnel bukan sahaja mempamerkan koleksi barangan lama yang
dah tak dikeluarkan lagi, malah ia juga menggamit kenangan silam.
Kalau tak kena pada gayanya, pasti berlinangan air mata dibuatnya... Umpama wayang gambar, kepala ligat memainkan cerita lalu setiap kali terpandang satu-satu koleksi yang ada di sana.

Galeria Time Tunnel bukan lagi baru sebenarnya. Ia telah
dibuka pada 2007. Namun, hanya menjadi perhatian orang ramai pada 2014 selepas keunikan dan kelainan koleksi barang-barangnya tersebar di media
sosial.
Ramai yang merasa teruja dan terpesona dengan koleksi yang ada di sini, lebih-lebih lagi mereka yang membesar pada era70-an dan 80-an.

Pemiliknya, iaitu See Kok Shan berkata, koleksi
barangan yang ada di sana semuanya adalah hak milik peribadinya, hasil
daripada minatnya yang gemar mengumpul barangan lama.
"Atas nasihat seorang kawan, saya langsung membuka galeri ini dan mempamerkan kesemua koleksi barangan lama yang ada kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan koleksi barangan tersebut dikumpul sejak 1998 lagi.
"Ada yang diperoleh daripada orang ramai terutamanya kawan-kawan dan ada juga yang saya peroleh daripada penjual barangan terpakai.
"Sebahagian besarnya saya beli, manakala selebihnya pula diberikan kepada saya secara percuma," katanya.
Menurutnya, majoriti koleksi barangan dipmaerkan pernah dimiliki oleh penduduk dari Malaysia dan Singapura.

Galeria Time Tunnel dibahagikan pada tujuh sudut
yang terdiri daripada permainan, kopitiam, fotografi, Inggeris, rumah, kedai
muzik dan kedai gunting serta salun kecantikan.
Setiap satu sudut berkenaan menampilkan koleksi yang ada kaitannya dengan Cameron Highlands. Majoritinya adalah barangan lama keluaran terdahulu yang sudah dan tidak lagi wujud di pasaran hari ini.

Kok Shan berkata, ramai pengunjung yang melawat galeri berkenaan menyatakan rasa terharu kepadanya selepas melihat koleksi barangan yang dipamerkan.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaku mengalirkan air mata kerana terkenangkan zaman lalu ketika menggunakan barangan tersebut.
"Tidak kurang juga yang sering berulang kunjung ke galeri ini kerana mahu mengimbau kembali nostalgia ketika membesar,” katanya.

Galeria Time Tunnel dibuka pada setiap hari
dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Ia mengenakan bayaran masuk sebanyak RM5
untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Galeri ini terletak di Brinchang, berada dekat dengan ladang Strawberry Kok Lim. Difahamkan, terdapat lebih kurang 5,000 koleksi barangan lama berada di dalam Galeria Time Tunnel ini.

EKSTRA
Kok Shan menamakan galerinya ini sebagai
Time Tunnel kerana bentuknya memanjang seperti terowong.
Galeri ini bakal mewujudkan beberapa sudut
baharu yang terdiri daripada barangan dapur dan orang asal Cameron Highlands.
Kok Shan memberitahu beliau tak pernah membuat sebarang
promosi terhadap galerinya ini walaupun pernah bekerja di agensi
pengiklanan suatu ketika dulu.
Dianggarkan, sebanyak RM35,000 ringgit telah
dibelanjakan sewaktu beliau mula-mula membuka Galeria Time Tunnel ini.
0 comments