Dikuasakan oleh Blogger.

Bercuti Dengan Ahmad Caravan

By 3:00 PG ,



Berkaravan di negara orang tentu sekali menyeronokkan kerana ia memberikan 1001 pemandangan dan pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan.

Caravan bukan lagi sesuatu yang baru buat penduduk dunia. Namun, ia boleh disifatkan sebagai asing buat penduduk Malaysia kerana ia tidak terdapat di sini. Walau bagaimanapun, ramai yang berkenan dan ingin mencuba sendiri memandu dan mengembara dengan Caravan. Justeru, World Travel Ambassador Sdn. Bhd. telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Ahmad Caravan. Tujuannya tidak lain lagi agar orang kita dapat menikmati pengalaman berkaravan.


Ahmad Caravan merupakan produk inovasi World Travel Ambassador Sdn. Bhd. Ia membawa pelanggannya menikmati pengalaman sebenar berkaravan di New Zealand dan Australia. Pakej ini diselenggarakan oleh mereka yang mahir dan berpengalaman. Majoritinya adalah pelajar Malaysia yang tinggal di negara-negara yang disebutkan tadi. Menariknya, kerana Ahmad Caravan bukan sahaja mendedahkan survival berkaravan, malah ia turut mendedahkan sekali keindahan dan keunikan bumi orang.


Buat masa ini, terdapat dua pakej penting yang ditawarkan oleh Ahmad Caravan untuk membantu mereka yang berminat merealisasikan impian berkaravan iaitu New Zealand - 7H6M Kembara Pulau Selatan dan 10H9M Kembara Utara ke Selatan serta Australia - 
6H5M Kembara Perth ke Albany dan 8H7M Kembara Melbourne ke Sydney.


Kedua-dua pakej ini menjamin kepuasan kerana ia menawarkan kelainan dari segi pengalaman dan kepuasan. Manakala harga yang ditawarkan pula berpatutan dan sesuai buat mereka yang dahagakan aktiviti lasak dan mencabar.


Selain memperkenalkan dan mendedahkan konsep pengembaraan Caravan di New Zealand dan Australia, Ahmad Caravan juga telah menggariskan pelan jangka masa panjang untuk membawa Caravan ini ke Malaysia. Mereka mahu rakyat Malaysia mengembara ke seluruh negara dengan Caravan. Di samping itu, mereka juga boleh mencuba mengembara dari pantai Timur Malaysia menuju ke Thailand dan menghabiskan pengembaraan hingga China. 


EKSTRA
Ahamd Caravan turut menyediakan kit perjalanan yang mengandungi ‘cecair samak’ untuk kegunaan menyamak peralatan masakan dan makanan seperti pinggan mangkuk, periuk dan cawan.

You Might Also Like

0 comments