Dikuasakan oleh Blogger.

5 Tip Selamat Melawat Ho Chin Minh City

By 10:00 PG , ,



Mudah sekiranya anda mengetahui selok-belok tentang sesebuah negara. Percutian yang dirancang pasti menyeronokkan dan meninggalkan 1001 kenangan manis.

Pantang Larang
Ho Chi Minh City adalah satu dari lokasi kegemaran untuk berlibur di negara Asia Tenggara. Banyak keseronokan yang bakal diperoleh jika anda merancang untuk ke sana contohnya macam membeli belah dan menikmati keindahan alam semula jadinya. Namun, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipertimbangkan agar anda tidak berdepan dengan masalah ketika berada di ibu negara Vietnam ini.  

1. Melintas Jalan
Jangan sesekali mengundur atau berpatah balik apabila melintas di atas jalan raya Ho Chi Minh City kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Lebih baik berhenti di tengah-tengah jalan dan melintas semula selepas merasa yakin.

2. Menaiki Teksi
Sekiranya mahu menaiki teksi, pastikan anda menahan teksi yang pemandunya lengkap berpakaian seragam dan bertali leher. Mereka ini tidak akan menipu pelancong berbanding pemandu yang teksi yang memakai sesuka hati.  

3. Tidak Mahu
Jangan sesekali mengatakan ‘No, thank you’ sekiranya anda didatangi peniaga jalanan. Sebaliknya, lambaikan sahaja tangan sebagai isyarat tidak mahu dan mereka akan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

4. Urus Niaga
Gunakan Dong Vietnam dalam apa jua urus niaga kerana ia lebih menguntungkan berbanding menggunakan Dollar Amerika. Nampak macam tidak ada beza tetapi ia merugikan jika ditukarkan dalam Ringgit Malaysia.

5. Nasi Berlauk
Makanan halal boleh didapati di sekitar kawasan Pasar Ben Thanh kerana terdapat beberapa buah kedai makan milik Melayu Champa yang menyediakan sajian stereotaip Melayu seperti nasi berlauk. 

EKSTRA
Ho Chi Minh City digelar sebagai City Of Motorcycles kerana terdapat lebih kurang 300 ribu motosikal berada di atas jalan pada setiap hari.

You Might Also Like

0 comments